Ekologi Stigmochelys pardalis

Leopard tortoise makan tumbuh-tumbuhan.

Haiwan ini bersifat maun; dietnya terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga, rumput dan sukulen. Kadangkala mereka juga menggerogot tulang dan bangkai dubuk untuk memperoleh kalsium yang penting bagi pertumbuhan tulang, cangkerang dan telurnya. Haiwan ini menjadi agen pertumbuhan bagi tumbuh-tumbuhan kerana setiap biji-biji tumbuhan yang mereka telan tidak akan dihadam dan menjadi benih apabila dikumuh keluar. Biasanya mereka aktif pada waktu siang dan menjadi kurang aktif terhadap cuaca panas atau musim kering.[1][5]

Haiwan ini berusia panjang dengan mencapai kematangan pada usia 12 hingga 15 tahun. Apabila tiba musim mengawan, kura-kura jantan akan memikat betina dengan melawan pesaing jantan yang lain. Semasa proses mengawan, yang jantan akan mengeluarkan suara yang kuat. Proses bertelur berlaku dalam bulan Mei dan Oktober apabila betina menggali lubang dan menghasilkan 5 hingga 30 biji telur. Pengeraman mengambil masa 8 hingga 15 bulan bergantung kepada suhu.[6] Antara pemangsa yang memakan telur haiwan ini termasuklah biawak, ular, serigala dan burung gagak. Kura-kura dewasa jarang menjadi mangsa namun singa dan dubuk dilaporkan ada yang memburu mereka.[1]

Rujukan

WikiPedia: Stigmochelys pardalis //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17611092 http://www.chelonia.org/articles/mistypardaliscare... //doi.org/10.1016%2Fj.zool.2007.02.003 http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/ http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org/details/163449/0 http://www.tortoisetrust.org/articles/leopards.htm